UMS - Universitas Pakuan perkukuh usaha mobiliti akademik
- Admin
- Berita
KOTA KINABALU: Satu delegasi dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universitas Pakuan, Bogor, Indonesia telah mengunjungi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
Ia menandakan permulaan program mobiliti akademik yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi.
Kumpulan pelawat tersebut terdiri daripada empat pensyarah dan pelajar yang diketuai oleh pensyarah pascasiswazah, Dr. Hari Muharam.
Menurut kenyataan dari FPEP, program itu bertujuan meneroka peluang projek penyelidikan bersama, penerbitan dan program mobiliti yang bakal memberi manfaat kepada kedua- dua fakulti.
Katanya, mesyuarat antara delegasi lawatan dan pensyarah UMS telah dirancang untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, serta program mobiliti pelajar dan pensyarah
"Pertemuan ini juga bertujuan menyelaraskan kepentingan akademik kedua-dua institusi bagi jalinan kerjasama jangka
"Selain perbincangan rasmi, delegasi tersebut akan mengambil bahagian dalam aktiviti khidmat masyarakat yang bertujuan memperkukuh hubungan sosial dan memberi sumbangan positif kepada komuniti setempat di sekitar
*Sumber: https://www.pressreader.com